learn how to takecare our hard earn income

Copyright One Concept Solution

Wednesday, 19 October 2011

Memasukkan lagu dalam blog

Sila ke laman web ini

Belajar Flying Text

www.quackit.com

 http://www.quackit.com/html/html_generators/html_marquee_generator.cfm
(untuk edit flying text)

Rumah Pertamaku.. No Money Can Talk Also

Rumah Pertamaku.. Bukan Skim Loan kerajaan tu ye..

Ini kisah saya membeli rumah pertama dengan pemaju..PKNS jv PCM BINA..

Alkisahnya, umur masa tu baru 24 tahun, kerja pun tak sampai 6 bulan, confirmation kerja pun tak dapat lagi..
Tetapi.. saya lupakan semua itu, saya tetap mencari projek-projek perumahan yang berpotensi dan merujuk kepada senior-senior yang berpengalaman.

Tips 1 : Jangan Malu Bertanya

Oleh kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari melihat Surat Tawaran Pinjaman Rumah dan dokumen berkaitan, so minat itu datang sendiri. Saya memang suka bertanya pada senior Exec (banker) tentang projek-projek yang berpotensi untuk saya beli di kawasan Shah Alam ( sebab masa tu kerja di bahagian Credit Admin Region Selangor/N.Sembilan). kebetulan brochure tentang Projek Apartmen Pusat Komersial Seksyen 7 memang kerap diedarkan di dalam pejabat.

Tips 2 : Survey lokasi - mesti 'HOTSPOT'

Tahun 2004 masa tu belum ada I-City, belum ada Jakel, belum ada KFC, Pizza Hut.. Yang ada cuma UITM Shah Alam sahaja. Tetapi permintaan kepada penyewaan semasa itu tetap tinggi. So, saya tekad untuk beli. Sekarang, macam-macam ada.. Parking pun tak pernah cukup..

Tips 3 : Mesti ada Tekad

Oleh kerana baru mula bekerja, duit simpanan pun tak banyak mana, Kalau ikut logik memang belum ada kemampuan, tetapi peluang untuk saya masih ada kerana kebetulan di dalam brochure adanya tertulis '10% bayaran melalui ansuran atau menggunakan pengeluaran KWSP'.

KWSP not an option to me...kerana caruman baru sahaja bermula..
So, apa yang saya lakukan ialah disiplin membayar setiap bulan sekitar RM 700 sebulan untuk cukupkan 10% deposit kepada pemaju.

Hampir 7 tahun kejadian tersebut. Walaupun ketika itu cabaran-cabaran kewangan sentiasa ada seperti membiaya adik sekolah, menyimpan untuk berkahwin, tetapi Alhamdulillah saya berjaya melaluinya dengan baik.


*Rate untuk penyewaan apartmen di sini sekitar RM800 (basic) - RM1500 (partially/fully furnished) untuk sebuah rumah. Positive Cashflow!! Baik untuk pelaburan.

Petua membeli Rumah Tanpa Deposit

Based on My True story...

Tahun 2007, dah plan untuk membeli rumah kedua..upgrade investment portfolio..
Sebelum resign Maybank, dah merancang nak guna staff benefit ' Staff Housing Loan'..
Kerana apa?
Kerana susah nak dapat housing loan dengan segera bila dah keluar dari permanent job yang stable..

So, macam mana beli rumah tanpa deposit? Tak semestinya dengan Staff loan sahaja, guna loan bank lain pun boleh..


Step-step yang perlu di ikuti :
1. Mestilah Beli Rumah Subsale (rumah org lain,bukan rumah baru)
2. Harga rumah mestilah di bawah Harga Pasaran (market value).
    Untuk investment, tak bagus beli rumah overvalue..
    Sebab apa tak bagus? Sebab perlu keluarkan duit lebih..
    Ingat ! Kita nak jimatkan duit poket kita.
3. Runding dengan Penjual/Tuan tanah tu untuk tinggikan harga loan,
    Whatever the cost is, bayarlah selagi masih menguntungkan..
4. Masukkan elemen harga loan yang tinggi itu ke dalam special agreement,
    (tetapi bukan dalam SnP)
5. Walaupun dalam SnP menyebut kita perlu bayar 10%,
    Sebenarnya Penjual seolah-olah telah pulangkan duit deposit tersebut pada kita.
6. Dah selesai.

*Saya berjaya dapat tunai RM20,000 masa tu..


Tiada Yang Mustahil..


Blog Kawan Kawan

Tuesday, 18 October 2011

Tambah Kalendar

Tambah kalendar
1. pergi laman mycalendar.org
2. Pilih kalendar (sebelah kanan)
3. klik "get islamic calendar widget'
4. Salin kod yang dipaparkan
6. Pergi ke design di blogger
7. Klik pada add gadget
8. Pilih html/java
9. Letakkan title
10. tampal (paste) kod di bahagian content
11. save

Tips Bilangan Pelawat

1. Pergi ke laman widgeo.net
2. Pilih warna kaunter
3. Masukkan maklumat
4. Klik get widget warna biru
5. Salin kod yang dipaparkan
6. Pergi ke design di blogger
7. Klik pada add gadget
8. Pilih html
9. Salin Kod dan save
10.Dah berjaya

Bermula di sini

Selamat Datang ke Blog One Concept Solution.
Bersama Mencari Penyelesaian Terbaik

Monday, 17 October 2011

Jam untuk Blog

1. Masuk ke website http://www.clocklink.com/
2. Pilih jam yang digemari
3. Pilih lokasi dan masa
4. Salin kod menggunakan Tetikus
5. Masuk ke Blogger, kemudian Design
6. Klik Add gadget, kemudian pilih html/java script
7. Tampal menggunakan Tetikus di bahagian content
8. Save, dah berjaya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peta Lokasi


View Untitled in a larger map