learn how to takecare our hard earn income

Copyright One Concept Solution

Wednesday, 19 October 2011

Rumah Pertamaku.. No Money Can Talk Also

Rumah Pertamaku.. Bukan Skim Loan kerajaan tu ye..

Ini kisah saya membeli rumah pertama dengan pemaju..PKNS jv PCM BINA..

Alkisahnya, umur masa tu baru 24 tahun, kerja pun tak sampai 6 bulan, confirmation kerja pun tak dapat lagi..
Tetapi.. saya lupakan semua itu, saya tetap mencari projek-projek perumahan yang berpotensi dan merujuk kepada senior-senior yang berpengalaman.

Tips 1 : Jangan Malu Bertanya

Oleh kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari melihat Surat Tawaran Pinjaman Rumah dan dokumen berkaitan, so minat itu datang sendiri. Saya memang suka bertanya pada senior Exec (banker) tentang projek-projek yang berpotensi untuk saya beli di kawasan Shah Alam ( sebab masa tu kerja di bahagian Credit Admin Region Selangor/N.Sembilan). kebetulan brochure tentang Projek Apartmen Pusat Komersial Seksyen 7 memang kerap diedarkan di dalam pejabat.

Tips 2 : Survey lokasi - mesti 'HOTSPOT'

Tahun 2004 masa tu belum ada I-City, belum ada Jakel, belum ada KFC, Pizza Hut.. Yang ada cuma UITM Shah Alam sahaja. Tetapi permintaan kepada penyewaan semasa itu tetap tinggi. So, saya tekad untuk beli. Sekarang, macam-macam ada.. Parking pun tak pernah cukup..

Tips 3 : Mesti ada Tekad

Oleh kerana baru mula bekerja, duit simpanan pun tak banyak mana, Kalau ikut logik memang belum ada kemampuan, tetapi peluang untuk saya masih ada kerana kebetulan di dalam brochure adanya tertulis '10% bayaran melalui ansuran atau menggunakan pengeluaran KWSP'.

KWSP not an option to me...kerana caruman baru sahaja bermula..
So, apa yang saya lakukan ialah disiplin membayar setiap bulan sekitar RM 700 sebulan untuk cukupkan 10% deposit kepada pemaju.

Hampir 7 tahun kejadian tersebut. Walaupun ketika itu cabaran-cabaran kewangan sentiasa ada seperti membiaya adik sekolah, menyimpan untuk berkahwin, tetapi Alhamdulillah saya berjaya melaluinya dengan baik.


*Rate untuk penyewaan apartmen di sini sekitar RM800 (basic) - RM1500 (partially/fully furnished) untuk sebuah rumah. Positive Cashflow!! Baik untuk pelaburan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peta Lokasi


View Untitled in a larger map